Google
 

Khamis, 27 September 2007

PETIKAN DARI BUKU 'PETUNJUK JALAN KEKAYAAN'

BUKU 'PETUNJUK JALAN KEKAYAAN' DITULIS OLEH CHEF LI (DR. RUSLY ABDULLAH Ph.D)

Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh disalin. Kekayaan tidak boleh ditiru. Ada orang boleh kaya raya dengan cendol. Tetapi orang yang meiru usahanya... yakni menjual cendol juga... masih tidak berjaya walaupun sudah berbelas tahun berniaga.

Pengalaman hidup saya tentulah tidak sama dengan pengalaman hidup anda... tetapi rintangan hidup itu banyak kesamaannya. Jesteru kisah hidup saya mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda tetapi anda tidak perlu menjadi saya.

Semua kisah telah terakam dan terpelihara di dalam dairi minda kita. Terutama kisah-kisah tragis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kita mungkin sudah lupa waktu kita berketawa bersama kawan-kawan, tetapi kita tidak akan lupa waktu kita ditertawakan oleh orang lain.

Buku kedua ini(Petunjuk Jalan Kekayaan)mengandungi langkah-langkah yang perlu diambil secara berterusan oleh seorang yangberusaha untuk menjadi seorang jutawan. enuju kekayaan adalah satu usaha praktis. Usaha yang giat yang dipertanggungjawabkan kepada kedua-dua tubuh kita iaitu tubuh rohani dan tubuh jasmani.

Untuk menjadi kaya, kita perlu melakukan usaha praktis yang berterusan. Kita mesti SANGGUP menempuh apa sahaja rintangan dan cabaran dengan lapang dada. Kita mesti bersangka baik dengan Allah SWT sebagai penentu yang muktamad.

Hubungan kita dengan Allah mestilah erat. Bekerja keras di siang hari dan berzikir, bermunajat dan berdoa di malam hari.

Dalam buku kedua ini (Petunjuk Jalan Kekayaan) saya perturunkanaturan dan langkah-langkah yang paut diikuti ntuk menuju ke arah kejayaan. Dalam zaman ini, istilah kekayaan lebih mudah difahami dsan menyentuh sanubari jika diistilahkan dengan kekayaan atau jutawan.

Bacalah buku inidengan lapang dada dan niat yang suci. Jujurlah kepada diri sendiri. Apakah sebenarnya yang anda cari? Ramai yang membaca puluhan buku motivasi, tetapi kasihan, masih terkandas di takuk lama untuk kesekian waktunya.

Kenapa?... Kerana mereka tidak tahu apakah yang hendak digali dan apakah yang hendak dicari dari sebuah buku. Membaca buku ibarat menggali tanah mencari harta karun. Kalau si penggali hanya menggali sedikit-sedikit di permukaan tanah, batu permata di dalam tanah mungkin tidak dapat dijumpai.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam buku ini, beli dan bacalah,tentu ada sesuatu yang mungkin anda jumpa atau sesuatu yang anda tercari-cari selama ini.

Tajuk Buku : Petunjuk Jalan Kekayaan
Penulis : Dr. Rusly Abdullah Ph.D (Chef Li)