Okey, sekiranya anda benar-benar ingin menjadi seorang usahawan yang dapat mencipta kekayaan, programkan minda anda kepada minda usahawan dan pemikiran jutawan.
Sekarang kita akan membincangkan tentang bagaimana anda boleh mengubah keputusan anda kepada yang lebih baik daripada mana-mana program pembangunan diri. Tidak menjadi masalah jika anda menggunakan mana-mana material / bahan, buku atau strategi.
Ke arah mencapai kejayaan dari mana-mana program pembangunan diri ataupun kursus-kursus membina perniagaan, anda mesti LAKUKAN perkara-perkara seperti berikut, jika tidak anda hanya BERMIMPI.
1. Putuskan apa yang anda mahu.
Ini disebut sebagai kuasa niat anda. Tulis dan senaraikan apa yang anda mahu (IMPIAN ANDA) di atas sekeping kertas (lebih bagus anda tuliskannya sekarang). Jika anda mahu, anda boleh memilikinya, percayalah.
MULAKAN dengan satu niat, dan lakukan niat anda, kemudian anda boleh beralih ke niat yang satu lagi dan seterusnya. Anda harus SENTIASA FOKUS kepada hasil yang positif. Jangan sekali-kali berkata, “aku tidak mahu yang ini”, atau dengan lebh jelas, “aku tidak mahu muflis”. Adalah lebih baik anda fokus kepada apa yang anda ‘MAHU’, seperti “Aku mahu menarik lebih banyak duit ke dalam hidupku”.
Untuk anda melakukannya, saya mahu anda lebih fokus kepada satu perkataan yang akan menjamin kejayaan anda. Kita telah membincangkannya dalam pelajaran yang lepas, tetapi saya ingin tonjolkan ia sekali lagi. Perkataan itu ialah ‘KENAPA (WHY)’, kerana istilah ‘BAGAIMANA’ akan datang dengan sendirinya selepas anda fokus kepada ‘KENAPA’.
Anda mesti jelas ‘why you want to achieve your goal or desire’ atau kenapa anda mahu penuhi IMPIAN anda?. Anda kena sentiasa atau tidak keterlaluan jika saya katakana anda wajib untuk terus-menerus (consistence) kepada ‘WHY’. Kenapa anda lakukan apa yang anda lakukan. S-E-N-T-I-A-S-A!!!, jika tidak anda akan berputus asa apabila ada halangan yang kecil menanti di hadapan anda ataupun apa yang anda lakukan kelihatan seolah-olah ia tidak berkesan kepada anda. Ini bermakna ‘KENAPA’ adalah elemen yang PALING PENTING dalam membina IMPIAN.
Inilah sebabnya mengapa 99% orang gagal dalam apa sahaja percubaan untuk memperbaiki kehidupan mereka. Mereka tidak jelas ‘WHY’ atau KENAPA mareka mahu apa yang mereka mahukan. Mereka tidak jelas tentang KEUNTUNGAN dan GANJARAN. Perkataan ‘WHY’ sentiasa menjadi lebih utama daripada ‘HOW’ (BAGAIMANA). Dengan kata lain, kenapa anda mahu adalah sesuatu yang akan memotivasi dan menggalakkan anda untuk mencapainya. Bimbang atau cuba mengenalpasti ‘BAGAIMANA’ untuk anda mendapatkan apa yang anda mahu hanya akan menolak ia lebih jauh. Jadi sentiasa fokus kepada ‘WHY’.
Anda mesti yakinkan MINDA BAWAH SEDAR anda, untuk apakah yang benar-benar anda mahu adalah IMPIAN anda. Bukan sekadar anda fikirkan apa yang anda mahu atau kemahuan lain untuk anda. Tetapi biarlah ia BENAR-BENAR apa yang anda mahu. Jika mida bawah sedar anda merasai sebarang perubahan seperti ‘perlu’, ‘sepatutnya’ atau ‘mesti’ sebagaimana dalam ayat berikut; “aku perlu lakukan ini”, “aku sepatutnya lakukan yang ini”, atau “aku mesti buat macam ni”, yang pasti ia akan melawan perubahan itu. Ini akan menyebabkan anda dengan mudah putus asa sebelum anda mencapai impian anda.
Apabila anda bertemu dengan halangan yang pertama, minda bawah sedar anda akan memberikan banyak sebab-musabab dan alasan yang masuk akal mengapa anda patut berhenti daripada melakukannya. Jika anda fokus kepada ‘WHY’ kenapa anda mahukan apa yang anda mahu, anda tidak akan mudah berputus asa, tetapi ia akan memberi motivasi dan dorongan untuk anda terus begerak kehadapan ke arah mencapai matlamat anda walaupun anda menempuhi halangan yang sementara.
2. Anda harus memberi 100% iltizam untuk bertindak secara berterusan SEHINGGA anda memperolehi keputusannya.
Baca semula! Saya tidak kata KALAU anda memperolehi keputusannya. Di situ terdapat perbezaan yang besar. Sentiasa ingat di dalam minda anda, hanya satu jalan sahaja untuk gagal, iaitu berhenti dari melakukannya.
3. Gantung buat sementara waktu sikap ketidakpercayaan di dalam diri Anda.
Jangan menilai samada benar atau tidak mana-mana program pembangunan diri, buku motivasi dan strategi kejayaan berkesan kepada anda. Gantung buat sementara waktu ketidakpercayaan anda itu. Sentiasa ingat di dalam minda anda bahawa setiap program berkesan untuk orang lain dan ia juga berkesan untuk anda.
Satu halangan yang biasa ada di dalam pemikiran kebanyakkan orang ialah mereka selalu berkata “saya tahu program dan teknik yang diajar ini berkesan kepada orang lain, tetapi dalam kes saya ini lain sikit, ia mungkin tak sesuai”, atau “ aku nampak teknik ni bagus dan boleh digunakan, tapi aku rasa belum bersedialah”. Ayat-ayat seperti ini adalah ayat bagi orang yang tidak ada kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri.
Percayalah SITUASI mungkin berbeza bagi setiap orang, tetapi pada dasarnya MASALAH semua orang adalah sama.
4. Jangan menilai dan mengharap keputusan terlalu cepat.
Sesetengah orang akan mendapat keputusan yang cepat apabila membuat perubahan kerana mereka bersedia untuk berubahdan mereka telah selarikan tenaga mereka. Anda mungkin salah seorang daripada mereka, tetapi anda perlukan sedikit masa untuk membuat penyesuaian.
Jangan mengukur keputusan anda dalam jangka masa beberapa jam, beberapa hari, beberapa minggu dan lain-lain lagi. Sebarang penambahbaikan adalah pergerakan menuju kehadapan. Gunakan walaupun ia satu penambahbaikan yang sangat kecil sebagai batu loncatan untuk mengambil langkah seterusnya untuk kehadapan. Anda akan terus menyambung usaha anda untuk bergerak kehadapan selagi anda fokus kepada apa yang anda mahu daripada anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu.
5. Ukur progress anda dari mana anda bermula.
Terdapat dua kumpulan manusia, kumpulan pertama, mereka mengukur progress mereka dengan melihat kepada matlamat mereka. Kumpulan kedua, mereka mengukur progress mereka dengan melihat kepada di mana mereka bermula.
Mengukur progress anda dengan melihat kepada sesuatu matlamat, ia sama seperti cuba berjalan ke hujung dunia. Anda tidak akan sampai ke sana kerana tidak kira bagaimana anda bergerak kearahnya. Hujung dunia sentiasa semakin jauh. Jadi seolah-olah ia sama sahaja jarak dari mana anda bermula (seperti tiada perubahan). Orang yang ada strategi sebegitu dalam membuat keputusan samada mereka melakukan progress atau tidak, mereka sering kecewa ia kelihatan seolah-olah bagi mereka, tiada sebarang progress yang mereka lakukan.
Kumpulan kedua adalah orang-orang yang tahu di mana mereka berada dan di mana mereka bermula. Bila mereka melihat ke belakang, ternyata mereka telah melakukan progress. Apabila konsep ini diketahui oleh kebanyakkan orang, mereka selalu berkata, “amat menakjubkan, saya telah lakukannya dahulu dan saya telah kecewa tentang semua yang telah saya lakukan. Sekarang dengan tiba-tiba saya menyedari bahawa saya telah melakukan semua bentuk progress dalam banyak tempat dari kehidupan saya dan sekali-kali saya tidak nampak”.
Kita perlu mengukur progress kita di mana kita bermula. Jika anda mengukur progress ke hujung dunia, anda akan sentiasa berasa kecewa.
6. Fokus kepada langkah selanjutnya.
Sentiasa fokus kepada apa yang anda patut lakukan SEKARANG. Lupakan tentang apa yang perlu anda lakukan di masa hadapan. Tapi anda jangan lupakan IMPIAN anda, cuma anda jangan bimbang apa yang anda perlu lakukan pada masa hadapan. Anda hanya perlu terus fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang anda mahu selesaikan PADA KETIKA INI.
Biasanya bila anda melihat progress, pasti ada satu dorongan atau desakan di dalam hati anda mahukan ia dengan kadar segera. Anda mahu keadaan berubah ‘sekarang juga’. Ini akan menolak anda memberi anda kekuatan dan semangat yang membara untuk menjadikan keadaan itu benar-benar berlaku. Tetapi bagaimanapun sebentar nanti anda akan belajar tentang kurangkan usaha (effort), dan mencipta lebih banyak keputusan dan hasil.
7. Lakukan apa yang anda tahu.
Saya pasti anda tahu bahawa orang-orang yang telah belajar tentang program pembangunan diri dan membaca banyak buku tentang tip dan motivasi, hampir keseluruhan dari kehidupannya tidak dapat menghasilkan apa-apa perubahan yang bermakna. Mereka membaca, belajar dan menghadiri seminar pembangunan diri dan bengkel-bengkel motivasi, tetapi pada akhirnya TIDAK ADA apa-apa yang berlaku, hanya bersemangat pada peringkat permulaan sahaja, kemudian kembali seperti sedia kala. “ orang utara kata, pi mai pi mai tang tu… jugak”. Mungkin perubahan yang berlaku terlalu sedikit sahaja, kelihatan seolah-olah telah berubah. Kenapa ini boleh terjadi?.
Secara mudahnya adalah kerana mereka ini “penagih-penagih” kepada program-program pembangunan diri. Sama seperti mana-mana penagih, mereka perlu ‘diperbetulkan’. Tetapi masalahnya walaupun ia diperbetulkan dengan cara positif mereka masih lagi ketagih. Mereka ketagih kepada yang ilusi, mereka merasakan lebih banyak mereka belajar dan menelaah, lebih banyak kehidupan mereka akan berubah. Jika mereka boleh mencari hanya satu buku, satu program dan satu strategi yang mereka mahukan, hidup mereka akan menunjukkan perbezaan.
Sudah tentu mereka tidak akan menjumpainya kerana mereka adalah penagih yang suka MENGUMPUL MAKLUMAT. Mereka baca semua buku, dengar keset dan CD serta menelaah, tetapi mereka tidak bergerak kehadapan. Mereka hanya berlari setempat dan sekarang mereka ada lebih banyak maklumat.
Di sinilah yang menyebabkan mengapa maklumat yang banyak tidak akan membawa perubahan dalam hidup anda.
“It is not enough to KNOW what to do – you must do what you know”
“ knowledge is power when you apply”.
“ilmu tanpa amal itu sia-sia”
Dengan kata lain BANYAK MAKLUMAT bukanlah jawapannya, sekalipun maklumat yang anda perolehi dari pelajaran ini, ia tidak akan dapat mengubah hidup anda jika anda tidak melakukannya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa, apabila anda menghabiskan pelajaran ini anda akan tahu apa nak buat. Walau bagaimanapun, matlamat bagi pelajaran ini ialah untuk memastikan anda melakukan apa yang anda TAHU (DO what you KNOW). Sya bukanlah seorang pakar motivasi yang boleh memberi anda semangat yang berkobar-kobar, tetapi di sini saya hanya menyampaikan sedikit ilmu yang saya ada ini.
Saya tak kata bahawa mempelajari teknik dan strategi baru tidak membantu. Walaupun anda membeli beratus-ratus buku dan menghadiri berpuluh-puluh seminar, tetapi saya tahu bahawa maklumat itu tidak akan mengubah hidup anda. Perubahan berlaku bila anda GUNAKAN maklumat itu SEHINGGA ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN yang anda idamkan. Dengan kata lain “when I do what I know”.
Niat saya dalam 3 pelajaran yang pertama ini adalah untuk “set you up not to fail” , membentuk anda dengan kukuh supaya tidak gagal. Dengan kata lain, kegagalan bukanlah satu pilihan jika anda lakukan apa yang anda TAHU. Kalau begitu anda sudah pun bersedia untuk langkah seterusnya. IA pasti akan membuka mata dan minda anda.
Tapi sebelum tu tunggu sebentar, sila ulangkaji 3 pelajaran yang terakhir. Ia ambil masa kurang daripada 15 minit sahaja. Saya tahu anda letih dan terlalu sibuk, tapi adakah anda benar-benar mahu bergerak ke hadapan dalam hidup anda, pendek kata anda nak berjaya dan memiliki kekayaan tak? ataupun anda sekadar mahu mengumpul lebih maklumat.
Amat beguna dan amat bagus mengulanginya sekali lagi. “It is not enough to know what to do – you must do what you know”.
Khamis, 20 September 2007
PELAJARAN KE-3
Langgan:
Catatan (Atom)