1. KUASA TUMPUAN (FOKUS)
Bagaimana anda rasa tentang kehidupan sekarang dan apa sahaja yang menjadi keutamaan dalam diri anda, itu semua bergantung kepada KE MANA TUMPUAN PERHATIAN ANDA.
Tanya pada diri anda sendiri, “Apakah yang aku tumpukan pada setiap masa? Jika anda seperti kebanyakkan orang lain, anda akan mendapati bahawa anda banyak menghabiskan masa anda kepada apa yang anda TIDAK MAHU daripada apa yang anda MAHU.
Kenapa ini penting?
Kerana anda tidak boleh menjangka untuk memiliki apa yang anda MAHU jika anda FOKUS ke arah yang BERTENTANGAN kepada apa yang anda mahu. Sebagai contoh; anda akan mencipta dan menarik LEBIH kepada apa yang anda fokuskan.
Sebagai bukti…
Pernahkah anda berkata begini…
“Aku rasa gelisahlah, bimbang, sedih dan tertekan, tapi aku tak tahu kenapa”
Dari apa yang baru sahaja anda pelajari, mudah untuk dimengerti “KENAPA”, adalah satu perkara yang mustahil untuk berasa gelisah, bimbang, sedih dan tertekan dan tak tahu kenapa.
Sekiranya anda berasa gelisah, sedih, tertekan atau stress, ia adalah disebabkan oleh tindakan anda yang terlalu fokuskan ia di dalam pemikiran anda untuk menghasilakn perasaan gelisah, sedih, tertekan, bimbang dan stress. Dengan kata lain anda hanya focus kepada apa yang anda TIDAK mahu, seperti rasa gelisah, sedih,tekanan, bimbang atau stress.
Dengan cara lain, ‘Pemikiran yang buruk tidak boleh menghasilkan keputusan yang baik dan pemikiran yang baik tidak boleh menghasilakan keputusan yang buruk’.
Anda mungkin sentiasa berasa stress, bimbang takut atau perasaan negatif lain, ini adalah disebabkan dua perkara yang anda buat :-
1. Anda focus terhadap apa yang anda TIDAK mahu berlaku.
2. Anda hanya terlalu fokus pada masa hadapan bukan pada masa sekarang.
Mustahil untuk anda berasa stress, bimbang, takut atau emosi negatif lain jika anda berada pada masa dan ketika ini. Hanya dengan SATU cara anda boleh berasa emosi negatif iaitu jika anda terlalu focus kepada KEBARANGKALIAN apa yang akan berlaku, atau apa yang anda TIDAK MAHU IA BERLAKU, selepas itu, sejam kemudian, keesokan hari, minggu hadapan, tahun hadapan dan seterusnya. Anda perlu ada matlamat, tetapi bagaimana matlamat ini hendak dicapai?.
Jadi tugasan anda yang pertama ialah untuk MENGAWASI pemikiran anda. Mulai saat ini saya ingin anda menjadi ‘pemerhati’ bagi pemikiran anda. Anda tidak perlu membuat penilaian, hanya memerhatikan sahaja. Perhatikan apa yang anda fokuskan dan fikirkan pada setiap masa.
Adakah anda fikirkan tentang masa lalu? Apa yang telah terjadi dan bagaimana anda katakan ia adalah berbeza? Adakah anda bimbang tentang masa hadapan?, seminit kemudian, esok hari, minggu hadapan dan seterusnya?.
Mulai sekarang, lihat apa yang anda fokuskan pada setiap masa. Tolong ingatkan selalu di dalam minda dan pemikiran anda: ‘ Apa yang anda fikirkan tentang hari ini,dan ketika ini, ia akan menjadi masa depan anda.
Apabila anda memahaminya anda boleh menjangka atau meramal dengan tepat masa depan anda. Secara mudah, sekiranya anda selalu berfikir tentang apa yang anda fikirkan, anda akan sentiasa dapat apa yang anda dapat. Jika anda menukar corak pemikiran anda dan FOKUS kepada apa yang anda MAHU daripada anda fikirkan apa yang anda TIDAK MAHU.
Anda boleh memulakan untuk mencipta masa hadapan baru yang lebih menggembirakan dan memperolehi kejayaan yang anda inginkan seperti kekayaan dan juga kebebasan peribadi.
Jumaat, 14 September 2007
MULAKAN SEKARANG
Langgan:
Catatan (Atom)