Google
 

Jumaat, 21 September 2007

PELAJARAN KE-4

Dalam 3 pelajaran yang lepas, kita telah membincangkan tentang bagaimana MINDA dan PEMIKIRAN anda mencipta masa depan anda. Ini bukanlah idea baru. Jika anda telah belajar dari mana-mana bahan melalui program-program pembangunan diri, saya pasti anda telah mendengarinya sebelum ini.

Bagaimanapun sehingga sekarang mungkin sukar bagi anda untuk MEMPERCAYAINYA bahawa ia adalah benar. Anda juga benar-benar tidak pasti KENAPA dan BAGAIMANA ia menjadi satu kebenaran.

Jadi, bila anda perhatikan apakah yang sedang terjadi dalam hidup anda, mungkin payah bagi anda untuk menghubungkan di antara pemikiran anda dengan apa yang sebenarnya terjadi. Ia kelihatan seolah-olah seperti dua bahagian yang terpisah. Jadi mari kita hubungkan kedua-duanya.

Kejayaan dan kegagalan tidak berlaku secara kebetulan. Mengikut kajian hampir setiap orang yang sering gagal dalam apa sahaja yang mereka lakukan adalah kerana mereka percaya ada sesuatu atau seseorang DI LUAR SANA yang bertanggungjawab terhadap keadaan mereka sekarang.

Persoalan yang mesti dijawab ialah, SIAPA dan APA yang bertanggungjawab ke atas anda kerana TIDAK memiliki apa yang anda mahukan?, Ibu bapa anda?,Latarbelakang anda?, pendidikan anda?, kawan-kawan anda?, masalah anda?, atau takdir anda?. Adakah anda menggunakan ini semua sebagai alasan disebabkan kegagalan anda?.

Di sini bagaimana penyelesaiannya!!!.

Tidak ada apa-apa di luar sana yang bertanggungjawab ke atas kegagalan anda kerana tidak dapat memiliki apa yang inginkan, walaupun ia kelihatan begitu.

Di sini ada masalah SEBENAR. Anda melalui apa yang anda lalui dalam kehidupan anda kerana dalam keadaan sedar dan tidak sedar, anda langsung tidak menyedarinya. Ulang sekali lagi!.

Agak mengelirukan jugak ayat ni…, tak mengapa,anda akan memahaminya nanti.

Kita semua hidup dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Ia mempunyai satu kehebatan yang luar biasa. Ini memang nyata dan kita semua berada di dalamnya. Pernahkah anda berkata begini, “sedar tak sedar umur kita dah meningkat”, atau “sedar tak sedar aku dah berjaya melepasi halangan ini”.

Anda semua sekarang dalam keadaan sedar dan tidak sedar, begitu juga saya. Selagi kita percaya kita dalam keadaan sedar dan tidak sedar, kita akan terus hidup di dalamnya. Apabila kita kita sedar dari keadaan itu, kita akan hanya berada di dalam keadaan sedar dan tidak sedar yang lain pula.Malangnaya hamper semua orang yang dalam keadaan sedar dan tidak sedar, mereka membiarkan diri mereka dari memahami bagaimana menjalani kehidupan yang sebenar.

Kita dijadikan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepadanya. Dan ibadah ini pula terbahagi kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus adalah berkaitan dengan fardu ain kerana andah semua telah mahir dan mengamalkannya dengan baik, dan ibadah umum adalah yang berkaitan dengan fardu kifayah.

Saya tidak mahu bercerita tengtang fardu ain. Yang saya mahu perkatakan di sini adalah perkara yang sebahagiannya berkaitan dengan fardu kifayah, iaitu mencari kesenangan dan kemewahan hidup.

Kebanyakkan orang menyangka bahawa mereka tahu bagaimana cara nak hidup senang. Tetapi kenyataannya mereka tetap bersusah payah seperti bekerja tidak tentu masa, balik lewat malam, tidak serik dimarahi bos dan kita dikawal oleh masa dan keadaan, tapi bukan kita yang mengawal masa dan keadaan kita sendiri. Mungkin pelik sedikit bunyinya, tapi inilah kenyataan.

Semua yang terjadi kepada kita adalah kerana keyakinan dan kepercayaan di dalam diri kita atau kita hidup dalam keadaan sedar dan tidak sedar yang kita sendiri tidak menyedarinya. Sebagai contoh, jika anda yakin kepada kepada kepercayaan dalam diri anda bahawa anda adalah mangsa keadaan, atau apa sahaja yang berlaku kepada anda, anda terima bulat-bulat dan menyerahkannya kepada takdir semata-mata.

Maka anda akan terus mencipta perkara yang sama dalam hidup anda. Ini juga akan menjadi ‘sebab’, atau dengan lebih tepat lagi, anda akan memberi alas an, kenapa orang lain boleh dapat apa yang mereka mahukan, tetapi ia tidak terjadi kepada anda.

Saya pasti anda tentu setuju bahawa kita hidup di dunia ini dalam keadaan sedar dan tidak sedar, kita di kelilingi oleh hukum fizik. Contohnya hukum gravity. Kita mungkin tidak memahaminya dengan tepat bagaimana gravity itu berfungsi, tetapi kita nampak buktinya ia berfungsi setiap hari. Jadi tidak menjadi masalah samada kita mempercayainya atau tidak, tetapi hukum gravity tetap berfungsi setiap masa sejak kewujudan manusia.

Terdapat hukum-hukum lain sepertimana hukum gravity yang berlaku tanpa kita sedari. Saya mahu membincangkan SATU hukum yang pada satu tahap tertentu ia berfungsi sama seperti hukum gravity, ia benar-benar boleh menentukan hasil dari hidup anda. Hukum ini menentukan samada anda ada duit, kesihatan,hubungan yang positif, kejayaan, kekayaan atau apa sahaja dalam hidup anda. Ia juga menentukan samada anda hidup dalam kehidupan yang penuh dengan keluh kesah, bimbang, takut dan stress atau hidup ini tiada kerunsingan dan kegembiraan.

Hukum ini disebut sebagai ‘HUKUM PENARIKAN’ dan pakar-pakar psikologi barat menyebut ia sebagai ‘LAW OF ATTRACTION’. Tanpa memahami bagaimana hukum ini memberi kesan kepada hidup anda, kehidupan anda akan sentiasa wujud kacau bilau dan tidak menentu secara berterusan.

Yang teruknya nanti anda akan menghabiskan masa dalam hidup anda dengan hanya bertindak kepada semua perkara dan semua orang yang berada di sekeliling anda. Anda ditolak dan ditarik ke sini dan ke sana seperti lalang yang ditiup angin. Anda kehilangan hala tuju.

Perkara-perkara yang sentiasa anda ambil tindakan di dalam kehidupan seharian adalah satu keputusan yang terus dari apa yang anda fakirkan, anda rasa dan anda percaya. Malangnya majoriti menyangkal idea ini dan mereka percaya bahawa ia adalah sebaliknya.

Perkara-perkara yang baru saja berlaku kepada kita selalunya menjadi penyebab kepada kita untuk merasa mengikut cara apa yang kita rasa. Dan apa yang boleh kita lakukan adalah cuba untuk melakukan yang terbaik ke atas apa yang terjadi, kerana kita sebenarnya tidak dapat mengawal peristiwa yang berlaku dalam hidup kita.

Majoriti yang menjalani kehidupan dengan cara begini, membuatkan mereka terpaksa berdepan dengan kehidupan yang sangat terdesak atau sudah kehabisan ikhtiar. Mereka hanya menerima apa sahaja yang datang mengikut seperti keadaan mereka sekarang (terima seadanya). Mereka MENGHARAPKAN yang terbaik di dalam hidup mereka, tetapi yang mereka terima adalah lebih teruk dari yang diharapkan.

Bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi sebahagian daripada majoriti yang berduka ini. Yang nyata anda boleh keluar bila-bila masa yang anda mahu, apabila anda faham tentang HUKUM PENARIKAN dan bagaimana ia berfungsi.

Kebanyakkan orang yang berbangga menjadi seorang yang berfikiran logic ‘logical thinkers’, mereka akan menolak hokum ini. Mereka mengatakan ini semua adalah karut dan ia tidak berdasarkan sains atau reality.

Sebagaimana yang kita tahu berabad-abad dahulu, mereka menyangka dunia ini adalah rata. Tetapi kalau memikirkan sesuatu yang tidak pasti samada betul atau salah, ia tidak akan selesai. Sebagai contoh; ayam dan telur yang mana jadi dahulu? Jika kita memikirkannya pasti tak selesai.

Yang nyata kalau nak makan ayam, ayam ada, kalau nak makan telur, telur ada. Apa yang sebenarnya yang menjadi perkara penting di sini ialah, keputusan dan hasil yang anda perolehi dari pengalaman yang anda lalui apabila anda menjalani kehidupan yang terbentuk mengikut pemikiran dan kepercayaan anda itu.

Mari kita bincangkan seketika tentang HUKUM PENARIKAN dan kita lihat jika kita boleh letakkan ia di dalam perspektif ini. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata seperti ‘ like attract like’. Sememangnya benar belaka. Kenapa? Kerana semua kejadian dan ciptaan yang Maha Esa di alam ini terhasil daripada sebatian dan unsure-unsur yang mempunyai tenaga (energy).

Sains telah membuktikan ‘like energy’ menarik ‘like energy’. Segala yang ada di atas muka bumi ini termasuklah pemikiran kita mempunyai tenaga (energy). Jika anda tidak percaya tentang kebenaran ini, biar saya tanya anda dengan soalan ini. Apakah pendapat anda dari apa tubuh anda tejadi?

Anda mungkin berkata “dari tulang dan daging”. Okey, kemudian soalan logic seterusnya ialah, dari apakah tulang dan daging anda itu terbentuk? “dari sel”. Okey, kemudian, dari apakah sel itu terhasil? “dari molekul”. Okey, apakah yang terdapat di dalam molekul-molekul ini dan apa yang dihasilkan oleh molekul-molekul ini? “ energy”.

Dari segi Islam pula, di dalam kitab Al-Quran, ada menyebut bahawa kita dijadikan daripada tanah. Terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang 7 peringkat kejadian manusia.

Izinkan saya huraikan sedikit sahaja perkara ini untuk meyakinkan kepercayaan anda, dan huraian ayat-ayat ini saya ambil dari sebuah buku dan rujukan dari Al-Quran;

1. Dalam surah Ar-Rahman, ayat 14 yang bermaksud:
“Dia (Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar (tanah Yang dibakar)”.
Yang dimaksudkan dengan kata “sal sal”, di ayat ini ialah ‘tanah kering’ atau setengah kering ‘zat pembakaran’ (oksigen).

2. Di ayat ini juga ada disebut kata “fakhkhar” yang maksudnya ialah ‘zat arang’ (carbonium).

3. Di dalam surah Al-Hijr, ayat 28 yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku (Allah) ingin menciptakan manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)”.
Di ayat itu juga disebut “sal sal” yang telah diterangkan tadi, sedangkan Perkataan “hamaain” di ayat tersebut membawa makna ‘zat lemas’ (nitrogenium).

4. Dalam surah As-Sajadah, ayat 7 yang bermaksud:
“… Dia (Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memuliakan penciptaan Manusia dari tanah”.
Yang dimaksudkan dengan kata “Thein”, (tanah) di ayat itu ia bermakna ‘atom zat air’ (hydrogenium).

5. Dalam surah As-Syafaat, ayat 11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat”.
Yang dimaksudkan dengan kata “Lazib” (tanah liat) di ayat itu ialah ‘zat besi’ (ferrum dan iron).

6. Dalam surah Al-Imran, ayat 29 yang bermaksud:

“… Allah menciptakan Adam dari tanah… kemudian Allah berfirman
Kepadanya; Jadilah (seorang manusia) maka jadilah ia.
Yang dimaksudkan dengan kata “thurab” (tanah) di ayat ini ialah unsur-unsur ‘zat a li’ yang terdapat di dalam tanah yang dinamakan ‘zat-zat organik’ (vitamin).

7. Dalam surah Al-Hijr, ayat 29 yang bermaksud:

“Kemudian apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, serta aku telah meniupkan padanya roh (dari ciptaan) Ku”, maka hendaklah kamu sujud kepada-Ku

Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran tadi menunjukkan tentang proses kejadian manusia sehingga menjadi manusia bernyawa. Proses kejadian manusia ini melalui adunan ‘zat arang’ (carbonium), ‘zat lemas’ (nitrogenium), ‘zat air’ (hydrogenium), ‘zat a besi’ (ferrum, iron, yodium,kalium,silicum manggan dan lain-lain lagi.

Yang disebut ‘Laazib’ (zat-zat organic atau vitamin). Dalam proses persenyawaan maka terbentuklah zat-zat yang dinamakan ‘Protein’ melaui tindakbalas kimia dalam badan. Jika anda perhatikan, kesemua zat-zat ini adalah terdiri daripada unsur-unsur tenaga (energy). Manusia memerlukan tenaga dalam apa jua perkara dalam kehidupan.

Okey, adakah sekarang anda percaya dan yakin? Saya tidak mahu cerita panjang lebar tentang proses kejadian manusia sebab saya bukanlah seorang doktor ataupun saintis.

Yang mustahak, di sini ada sesuatu perkara yang penting untuk anda tahu tentang tenaga (energy). Semua energi mempunyai sifat ‘magnetik’ yang khusus. Untuk lebih mudah difahami, kita pada asasnya mempunyai sifat magnetik. Sebagai magnet kita semua saling menarik sesuatu sepanjang hari, walaupun kita tak menyedarinya.

Tenaga magnetik ini juga BERGETAR pada frekuensi-frekuensi yang berbeza, dan frekuensi-frekuensi ini menentukan sifat magnetik daripada tenaga yang kita getarkan. Pada dasarnya apa yang kita perkatakan ini ialah: Bagaimana perlunya kita selarikan tenaga kita. Ia adalah kunci untuk membuat perubahan utama di dalam hidup kita dan menarik sahaja apa yang kita inginkan.

Mungkin ini mudah bagi anda untuk faham dan menerimanya. Dengan cara lain, mungkin minda logik anda mempunyai masalah untuk menerima ini semua bahawa ianya adalah benar. Namun mungkin anda berfikir bahawa itu adalah satu konsep metafizik yang mengarut. Ia tak menjadi masalah langsung, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak. Saya hanya berkongsi ilmu.

Sebentar lagi saya akan membongkar rahsia KENAPA dan BAGAIMANA konsep ini menjadi kunci untuk mencipta kehidupan yang selalu anda idam-idamkan.