PROGRAMKAN MINDA ANDA SEPERTI MINDA USAHAWAN DAN PEMIKIRAN JUTAWAN
Saya suka memulakan pelajaran ini dengan soalan satu yang sangat penting. Soalannya begini, “ Adakah anda tahu MENGAPA anda membaca pelajaran ini sekarang?
Jawapan yang anda berikan mungkin, “Saya memasuki web blog ini melalui enjin pencarian”, atau “seorang kawan memberitahu saya tentang program ini”, atau mungkin juga beberapa lagi sebab-sebab yang logik.
Yang penting sekarang ni; Tidak menjadi sebarang masalah sama ada ia satu alasan yang logik atau pun tidak. Kenyataannya ada sesuatu yang sedang anda cari, tetapi anda masih belum lagi menemuinya dan bagaimana untuk anda melaksana dan membuktikannya di dalam hidup anda.
Ia mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan terhadap perniagaan anda, kewangan anda, keluarga anda, kesihatan anda, hubungan anda, masa depan anda ataupun sesuatu yang tidak dapat dikesan melalui deria anda; contohnya satu cetusan idea dan pemikiran yang sangat berpotensi tinggi.
Mungkin nanti anda akan faham sehingga saya dedahkan rahsianya, ia seperti BAGAIMANA sesuatu perkara itu datang dan pergi dari hidup anda. Anda mungkin secara SEDAR boleh mencipta kehidupan yang anda idamkan, seperti kekayaan. Semua orang berhak untuk menjadi kaya dan ini terpulang kepada anda.
Dengan kata lain, apabila anda mengetahui potensi dan kehebatan MINDA serta pemikiran yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta, anda boleh mengubah hidup anda. Anda akhirnya dapat mencapai IMPIAN dan matlamat anda satu demi satu dengan cepat, mudah dan tiada tekanan.
Sudah pasti saya tidak perlu memberitahu anda bahawa MINDA anda mempunyai satu KUASA yang sangat hebat sebagai alat untuk mencapai apa sahaja yang anda inginkan dalam hidup anda.
Walaupun semua orang mempunyai minda, tetapi mengapa mereka tidak menggunakannya untuk mencipta kehidupan yang mereka inginkan ataupun mereka hanya berserah kepada takdir.
Mengapa kebanyakkan orang menggunakan kuasa minda mereka untuk MELAWAN diri mereka sendiri daripada mereka gunakannya UNTUK diri mereka sendiri? Anda akan mengetahuinya dalam beberapa minit lagi.
Mula-mula sekali saya akan meramal masa depan anda!
Begini caranya; Jika anda secara berterusan BERFIKIR apa yang anda fikirkan, anda akan berterusan melakukan apa yang anda lakukan, dan anda berterusan mendapat apa yang anda dapat.
Dengan kata lain, apa yang anda lalui SEKARANG dan apa yang akan anda lalui pada masa hadapan adalah keputusan kepada apa yang anda fikirkan pada masa lalu. Masa depan anda telahpun awal-awal lagi ditentukan oleh pemikiran anda pada ketika ini. Jadi, jika anda mahu mengubah masa depan anda, anda mesti terlebih dahulu mengubah apa yang fikirkan pada saat ini.
Sekiranya anda yakin untuk melakukannya, anda akan mencapai kejayaan, keinginan, kegembiraan, kebebasan dan masa depan yang begitu hebat. Kehidupan ini adalah satu nikmat dan anugerah yang tak ternilai dari Maha Pencipta, tetapi mengapa kita tidak gunakan dengan sebaik-baiknya.
Khamis, 13 September 2007
PELAJARAN PERTAMA
Langgan:
Catatan (Atom)