Kita telah belajar dalam pelajaran yang lepas, bahawa kita adalah manusia yang mempunyai tenaga magnetik yang dihasilkan oleh getaran tenaga (vibrating energy) dan tenaga itu menarik orang lain, sesuatu keadaan dan peristiwa ke dalam hidup kita.
Jika itu benar, kemudian bagaimana kita boleh gunakan maklumat ini untuk mengubah hidup kita kepada yang lebih baik? Ia amat mudah!.
Jika kita sanggup belajar bagaimana untuk mengubah magnetik peribadi kita, kemudian apa yang perlu kita lakukan ialah MEMILIH apa yang mahu ditarik (magnetize) ke dalam hidup kita.
Apabila sahaja kita belajar mengenainya, kita dapat mencapai kebebasan yang anda inginkan. Ini akan membawa kita ke rahsia yang boleh mengubah kehidupan anda. Rahsianya ialah :-
“UNTUK MENCIPTA APA SAHAJA YANG KITA INGINKAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN IALAH DENGAN MENGUBAH FREKUENSI GETARAN PEMIKIRAN KITA, SELARI DENGAN APA YANG KITA MAHU CIPTA DI DALAM HIDUP KITA”.
Tolong baca sekali lagi!
Mari kita mengembara lebih jauh. Lihat, jika anda hanya MENGINGINKAN sesuatu, walaupun anda percaya anda boleh memilikinya pada tahap kesedaran anda, ia tidak mencukupi.
Punca-punca kita tidak dapat apa yang kita mahu adalah kerana kita mempunyai system tenaga negatif di antara kita serta ia telah beredar di dalam diri kita sejak bertahun-tahun lamanya.
Sistem energy ini telah lama berakar umbi dengan mendalam di dalam minda bawah sedar kita yang kita tidak tahu ia telah berada di situ sejak sekian lama. Walaupun kita ada niat yang bagus, kita sangat-sangat positif, kita cuba untuk hidup dengan baik, tetapi kita akan berasa cepat mengalah dan tewas kerana pemikiran dan kepercayaan kita yang sangat lemah.
Pada masa itu kelihatan seolah-olah setiap perkara dan setiap orang adalah musuh kita. Ia sesuatu yang sangat getir dan memeritkan, seolah-olah kita merasakan hanya kita seorang sahaja yang terpaksa mendepani segala halangan di dunia ini di atas kekecewaan dan kegagalan kita sendiri dan kehidupan kita akan menjadi lebih survival daripada kehidupan yang sebenar. Adakah hal ini mengingatkan anda kepada seseorang yang anda kenali atau ianya terjadi kepada diri anda sendiri?
Setelah mengetahui kita adalah magnet yang menarik apa yang kita fokuskan, maka hanya dengan satu jalan sahaja kita benar-benar dapat hidup dengan kehidupan yang kita inginkan , iaitu kita perlu mendedahkan pemikiran kita itu daripada bekerja untuk MENENTANG kita kepada bekerja UNTUK kita.
Kenapa hal ini sangat-sangat penting?
Kerana pemikiran-pemikiran inilah yang menentukan apa yang kita BOLEH dan TIDAK BOLEH tarik dan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Ia adalah pemikiran yang ‘bertentangan’ bagi titik magnetik kita untuk terus mengetarkan energi kita ke arah yang SALAH.
Anda boleh menjadi seorang yang positif yang anda mahu, tetapi jika titik magnet penarikkan minda bawah sedar anda menghala ke arah yang bertentangan, anda akan terus menarik lebih kepada apa yang anda TIDAK MAHU walaupun anda seorang yang sangat bagus dan seorang yang berfikiran positif.
Ini juga menjadi jawapan kepada soalan, mengapa sesuatu perkara yang teruk belaku kepada orang yang bagus, fikir-fikirkan. Anda boleh menjadi seorang yang sangat bagus, tapi kalau getaran energi di dalam minda bawah sedar anda bergerak ke arah yang salah, anda akan melalui satu pengalaman yang teruk yang anda tidak inginkan.
Ia amat penting untuk difahami, bahawa bukan pemikiran kita yang mencipta keadaan, tetapi EMOSI yang dibawa bersama oleh pemikiran kita. Alam bertindak balas kepada PERASAAN dan EMOSI pemikiran kita, bukan pemikiran semata-mata. Inilah yang akan mengaktifkan energi dan menghasilkan sesuatu yang kita lalui dalam hidup kita.
Energi selalu mencari getaran yang sama. Oleh sebab itu kita haruslah pastikan bahawa kita menyedari energi yang kita hantar keluar itu mestilah kita selaraskan atau kita perbetulkan dahulu sebelum energi itu terjadi. Jadi ia tidak akan menghasilkan system energi yang akan kita keluarkan nanti, secara tidak sedar ia mencipta sesuatu yang kita tidak mahu.
Mari kita praktikkan contoh di bawah dan amalkannya kepada sesuatu yang paling kita suka iaitu DUIT. Saya pasti, tidak kira berapa banyak wang yang anda miliki, anda pasti mahukannya lebih, betul tak? Tapi cuba lihat apa sebenarnya yang anda getarkan atau energi yang anda hantar keluar itu, ia fokus tentang duit.
Mungkin anda ada berkata “Aku nak duit yang lebih banyak”. Okey itu bagus, tapi minda bawah sedar anda atau tahap dibawah kesedaran anda yang sangat mendalam itu, seperti ada satu energy yang sangat hebat dan sentiasa berlawanan dengan diri anda sendiri dan ia akan berkata:
“Aku memang nak kaya, tapi… tak ada jalanlah yang boleh buat aku jadi kaya”. atau…
“Aku memang nak kaya, tapi hutang pun tak selesai lagi, aku rasa susahlah”. Atau…
“Aku memang nak kaya, tapi boleh ke aku hadapi cabaran dan risiko yang akan aku lalui?, boleh ke aku berjaya?”. Atau…
“Dengan ekonomi dan keadaan kerja aku sekarang, memang tak ada jalan yang membolehkan aku untuk jadi kaya”… atau
“Aku rasa mustahil nak jadi orang kaya, mungkin rezeki aku setakat ini sahaja, kalau nak kaya pun mungkin tunggu rezeki terpijak”. Atau…
“Boleh ke aku lakukan semua ni?, aku rasa macam tak yakin aku boleh lakukan semua ini”.
Jika semua ini atau pemikiran yang sama ada di dalam kepercayaan minda bawah sedar anda, apakah yang anda harapkan akan berlaku dalam hidup anda? Ia sangat mudah. Anda mengatakan satu perkara. “Aku nak duit yang lebih banyak”, tapi pada masa yang sama anda menghantar keluar energy anda ke arah yang bertentangan daripada apa yang anda mahu. Keputusan akhir yang anda perolehi ialah, anda tidak dapat apa yang anda mahu.
Masalahnya, system energy kepercayaan dan keyakinan yang bertentangan ini ada pada setiap individu, dan ia perlu diubahsuai dengan cara yang sesuai bagi membolehkan minda sedar anda DISELARIKAN dengan apa yang berlaku kepada minda di bawah sedar anda. Kerana setelah kedua-duanya benar-benar selari di antara minda sedar dan minda bawah sedar anda, maka secara langsung TIDAK ADA HAD untuk apa anda nak jadi atau apa yang anda inginkan.
Di sini ada berita baik. Anda tidak perlu ‘bekerja keras’ atau bekerja bermati-matian untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Anda hanya perlu bekerja dengan bijak dan melakukannya dengan cara yang betul. Jika anda percaya dunia ini penuh dengan persaingan serta perlumbaan di mana yang lemah akan tewas, yang kuat akan menang dan anda perlu bekerja bertungkus lumus dalam usaha mendapatkan apa yang anda mahu, cuba teka apa? Anda sudah tentu dapat mengagak, jika anda percaya, maka anda akan hidup di dalamnya.
Apa yang igin saya beritahu anda ialah, apa-apa kesukaran yang anda lalui akan berubah dengan cepat seperti anda boleh mengubah energy negatif kepada system energy positif yang sentiasa menarik keputusan apa yang anda lalui sekarang.
Tapi fahami ini: Jika anda berfikir serta fokus dan berkata “apakah”, maka anda akan menarik lebih kepada “apakah”. Jika anda temui sesuatu dalam hidup anda yang anda tidak suka tetapi anda masih terus berkata mengenainya dan berterusan berkata lagi, anda akan menarik lebih kepada apa yang anda ada sekarang. Jika anda menolak sesuatu yang bertentangan dengan apa sahaja yang anda tidak mahu bermakna anda memberi energi serta kekuatan kepadanya.
Sebenarnya anda tidak boleh berfikir dan fokus kepada sesuatu yang anda tidak mahu dan berharap ia pergi jauh dari hidup anda. Alam akan hanya membawa anda lebih kepada apa yang anda tidak mahu.
Anda lihat alam yang kita diami ini tidak terhad. Yang terhad ialah system energi kepercayaan kita. Alam ini tidak peduli samada anda menerima kemiskinan atau kekayaan yang tak terhad, kebahagiaan perhubungan atau masalah perhubungan, kesihatan atau sakit, kejayaan atau kegagalan. Pilihan ini terpulang kepada anda kerana ia akan menghantar lebih daripada apa yang anda dapat gambarkan.
Inilah kenapa saya katakan ia “tidak terhad”.Alam ini tidak menilai samada anda boleh mendapat sesuatu atau tidak, ia bertindak balas kepada frekuensi getaran system energi pemikiran anda yang mempunyai emosi yang selari di antara kedua-dua minda sedar dan minda bawah sedar anda.
Sebagai contoh, jika anda menghantar satu getaran yang terdesak, seperti “aku sangat-sangat memerlukannya”. Apakah sebenarnya yang akan anda tarik? Lebih desakkan dan tekanan. Anda akan menolak lebih jauh apa yang anda mahu daripada anda, sebagaimana anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu.
Sesuatu yang hebat yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa sebagai pencipta seluruh alam dan seisinya ialah bahawa kita boleh membuat keputusan secara SEDAR dengan akal dan fikiran kita untuk mencipta apa yang kita inginkan. Masalahnya, hampir semua orang gagal untuk memenuhi keperluannya setelah mereka fikirkan, mereka mencipta apa yang mereka mahukan.
Dengan kata lain, secara tidak sedar mereka mencipta ketidakpastian bagaimana mereka boleh dapat apa yang mereka boleh dapat. Kemudian mereka akan menyalahkan orang lain, keadaan, faktor-faktor luaran dan diri mereka sendiri sebagai punca mereka tidak dapat memilikinya.
Dan tentulah kelihatan dari luaran ia seperti ada perkara yang tidak elok telah berlaku ke atas mereka daripada mereka sendiri yang menjadi penyebab kepada keadaan dan situasi mereka sekarang.
Anda tidak perlu untuk hidup dengan cara begini. Apa yang anda lakukan ialah mengubah frekuensi getaran yang sepadan dengan apa yang anda mahu.
Biar saya ulangi sekali lagi,
“UNTUK MENCIPTA APA SAHAJA YANG KITA INGINKAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN IALAH DENGAN MENGUBAH FREKUENSI GETARAN PEMIKIRAN KITA, SELARI DENGAN APA YANG KITA MAHU CIPTA DI DALAM HIDUP KITA”.
Dengan menukar frekuensi getaran pemikiran kita, saya tidak hanya maksudkan pemikiran sahaja yang kita hantar keluar ke alam ini, tetapi lebih khusus ialah PERASAAN DAN EMOSI yang kita hantar keluar terhasil dari pemikiran yang kita cetuskan.
Ingat ini!
Kata-kata dan pemikiran merupakan doa, dan Allah akan menerima doa seseorang itu jika kita berdoa dengan sepenuh hati dan perasaan serta keikhlasan. Allah tidak menerima doa dari hati orang-orang yang lalai.
Inilah kunci untuk apa sahaja perkara yang baik ke dalam hidup anda.
Nanti saya akan satukan semuanya untuk anda.
Ahad, 23 September 2007
PELAJARAN KE-5
Langgan:
Catatan (Atom)