Google
 

Isnin, 24 September 2007

PELAJARAN KE-6


Sekiranya anda sudah membaca sejauh ini, ia cukup hebat, Tahniah! Di atas ketekunan anda. Ia menunujukkan bahawa anda serius tentang keinginan untuk mencipta kehidupan yang benar-benar anda inginkan.

Diharapkan sekarang anda ada idea yang lebih baik tentang bagaimana kehidupan ini bekerja. Dengan kata lain bagaimana anda dapat apa yang anda boleh dapat dan bagaimana anda boleh mencipta keinginan anda.

Apa yang paling penting yang mula-mula anda perlu lakukan untuk mengubah persekitaran anda ialah anda mula memfokuskan pemikiran anda kepada apa yang anda mahu sahaja dan elakkan daripada fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Ia adalah semudah itu.

Kita telah membincangkannya berulang-ulang kali, tapi sekarang anda tahu KENAPA ia sangat penting.

Di sini ada satu lagi perkara lain yang penting untuk anda memahaminya. Salah seorang daripada kita mungkin telah mahir dalam menyatakan apa yang kita fokuskan. Ini adalah kualiti semulajadi otak kita (dan system energetik kita).

Masalahnya ialah hampir semua orang memiliki mekanisme untuk membuktikan matlamat mereka, tetapi adakah ia berfungsi secara automatic ataupun ia tidak mengikut ketetapannya.

Walau apa pun yang anda fikirkan, apa pun yang anda serap masuk dari ibu bapa, adik beradik, guru, kawan-kawan, budaya, adat, persekitaran negatif dan pendidikan, kesemua itu mempunyai pengaruh yang berbeza-beza – Kenalpasti apa yang anda fokuskan.

Sebab-sebab mengapa hampir semua orang terlalu fokus terhadap apa yang mereka TIDAK MAHU adalah kerana pengalaman yang mereka lalui pada masa lalu. Sebagai contoh, mereka mempunyai pengalaman emosi yang negatif, seperti mereka kehilangan wang yang banyak, kehilangan perniagaan, sahabat, mereka ada masalah dalam perhubungan dan lain-lain lagi.

Banyak perkara yang mereka fikirkan berbahaya dan mereka terpaksa mengelakkannya dan lebih berhati-hati, kerana mereka tidak mahu untuk melalui pengalaman yang sama sekali lagi. Daripada mereka fokus kepada apa yang mereka MAHU, maka mereka lebih fokus untuk TIDAK MELALUI pengalaman itu lagi.

Masalahnya ialah otak tidak dapat memberitahu perbezaan jika anda fokus ke atas sesuatu kerana anda mahukannya ataupun anda memfokuskan sesuatu kerana anda tidak mahukannya. Otak kita hanya nampak apa sahaja yang anda fokuskan sebagai sesuatu yang anda mahu. Jadi cuma katakan, “okey, aku boleh lakukannya”, maka anda akan menghasilkannya ( walaupun ia adalah pengalaman yang negatif).

Di sini ada satu fakta yang penting: Adalah mustahil untuk mencipta keputusan yang negatif di dalam hidup anda jika anda melakukannya secara sedar. Semua keputusan negatif yang anda cipta dalam hidup anda sekarang, akan anda TERUSKAN untuk mencipta kepada kehidupan anda seterusnya. Kecuali anda lakukan di bawah kesedaran anda. Dengan kata lain, selagi minda anda berfungsi secara automatic atau pun tidak menurut ketetapannya.

Bagaimanapun adalah mustahil untuk menghasilkan keputusan yang negatif dalam hidup anda jika anda lakukannya secara sedar. Anda akan hanya boleh mencipta keputusan yang negatif bila anda tidak sedar. Semasa anda tidak sedar, anda menghantar keluar pemikiran anda, perasaan dan emosi dengan lebih tepat untuk bertindakbalas kepada kehidupan, daripada memilih apa yang anda mahu. Maknanya energi anda menuju ke arah yang bertentangan (berlawanan dengan apa yang anda mahu).

Berita baik di sini ialah, apabila secara sedarnya anda menyedari ke mana energi anda pergi, dan apa yang terjadi ialah semua perkara yang anda tidak mahukan akan pergi begitu sahaja. Apabila pemikiran, perasaan dan emosi kita menjadi sedar dan dapat mengarahkan ke mana kita mahu pergi, kita tidak boleh berpatah balik dan tidak membuat kesalahan yang sama lagi kerana ia tidak lagi berasa ia betul. Maknanya apabila minda sedar dan minda bawah sedar anda telah selari, maka anda akan dapat mencipta apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup anda.

Orang yang sedar. Dia tahu apa yang berlaku pada setiap masa dalam hidup mereka. Oleh sebab itu mereka tahu apakah sebenarnya yang perlu dilakukan dalam setiap masa tanpa perlu berhenti untuk mengenalpasti semula. Ia adalah satu masa dan keadaan yang sangat menakjubkan dan ia pasti menjadi matlamat anda sebagai sesuatu yang sangat hebat.

Jika anda ingin tahu apa yang anda fokus pada setiap masa, anda hanya perlu melihat apakah yang terjadi dalam hidup anda. Dengan mudah untuk kita tahu keputusan dalam hidup anda.

Sebagai contoh, anda tahu anda berkata “aku tidak mampu bayar hutang ini”. Okey selepas apa yang anda pelajari, apakah yang anda rasa akan terjadi? Memang betul, anda akan menarik lebih banyak lagi ‘tidak mampu bayar hutang ini”. Dan oleh kerana anda sentiasa memfokuskannya dan secara energetik ia bergetar, dan ia akan mencari getaran yang sama, iaitu lebih lagi hutang.

Ingat! Sekali lagi saya ulangi, apa yang perlu kita lakukan ialah:

“UBAH FREKUENSI GETARAN PEMIKIRAN KITA, SELARI DENGAN APA YANG KITA MAHU CIPTA DI DALAM HIDUP KITA”.

Mungkin anda masih lagi merasakan pemikiran anda tiada perubahan dan bertentangan dengan apa yang anda mahu, katakan pada diri anda:

“Getaran energi ku tidak sama dengan apa yang aku mahukan. Energi aku menuju kea rah yang salah”.

Kemudian tukarkannya dan nyatakan apa yang sebenarnya yang anda mahukan.

Contohnya:

“Apa yang benar-benar aku mahu ialah pengaliran duit yang berterusan kedalam hidupku. Daripada aku fokus apa yang aku tidak mahu, atau pun hanya bayar hutang, aku hanya akan terus fokus cara bagaimana menambahkan pendapatanku.

Inilah yang akan aku hantar menerusi getaran energi ku untuk mencari getaran yang serupa dengan apa yang aku mahukan. Aku sekarang memberitahu minda bawah sedarku untuk menjadikan ku sedar, tahu peluang-peluang yang akan membenarkan aku untuk melakukannya. Aku tahu ini boleh berlaku dengan pantas dan aku akan menerimanya. Jadi aku menerimanya dan ia berlaku sekarang”.

Nampak perbezaannya?

Daripada anda selalu menghantar keluar getaran energi yang membuatkan anda secara tidak sedar menarik apa yang anda tidak mahu, ubahkan ia secara sedar agar proses penghantaran keluar getaran energi anda dapat memfokuskan kepada apa yang benar-benar anda mahukan.

Anda perlu secara sedar dengan sengaja dan perlahan-lahan arahkan minda bawah sedar anda untuk menarik getaran yang sama dengan keinginan anda.

Jika anda faham tentang ‘hukum penarikkan’ saya pasti anda akan dapat lihat bahawa anda telah menarik maklumat baru ini ke dalam hidup anda. Anda telahpun didedahkan mengenai maklumat ini secara sains, ia mempunyai sebab-sebab yang tertentu.

Bagaimana saya boleh tahu? Kerana saya tahu dan yakin pada hakikatnya, tidak ada kebetulan di dalam dunia ini. Tidak ada perkara berlaku secara kebetulan. Kalau anda tidak percaya anda boleh tanya mana-mana ustaz, bahawa setiap sesuatu itu yang dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai sebab yang tertentu. Jadi mengapa harus kita ragukan dan kita tidak dapat menolaknya.

Biar saya tanya anda satu soalan ini;

Apakah yang anda alami sekarang ini adalah kesan tindakbalas apa yang anda fikirkan jauh di sudut pemikiran anda (bisikan hati kecil anda) dari semasa ke semasa, hari ke hari adalah tepat dan sama?

Jika ia betul, bermakna telah terbukti bahawa apa yang baru anda pelajari sememangnya betul.

Pada dasranya ialah, kehidupan anda bertindakbalas secara terus dari apa yang anda fokuskan dan getaran energi yang anda hantar keluar mengikut tujuannya.
Ingat, SETIAP ORANG menarik sesuatu mengikut frekuensi system energi diri mereka sendiri. Ini juga termasuk system energi yang terkumpul dari sekumpulan atau bangsa. TIADA PENGECUALIAN untuk ini, sama seperti tiada pengecualian terhadap system graviti.

Ia adalah system yang sempurna yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang sentiasa bekerja dan tidak pernah gagal. Oleh kerana ia system yang sempurna dan tidak boleh gagal, maka kita gunakan system ini untuk mencipta apa sahaja yang kita inginkan, dengan tujuan yang baik.

Jadi kenapa tak mulakan sekarang? Kenapa mesti tunggu? Bukankah ini masanya untuk membenarkan diri anda bergerak bebas dari mana anda sekarang dan ke mana anda ingin pergi? Adakah anda hanya ingin mencipta hidup anda sekadar memuja kepercayaan di dalam diri anda mengikut ‘logik’ dan ‘realistik’?

Kerana menjadi logical dan realistik tidak lebih daripada menerima apa yang kita ada sekarang. Dan jika kita sudah tahu bahawa tidak ada apa yang dapat menghasilkan apa yang kita mahu, pada waktu itu anda akan berterusan mencipta lebih kepada apa yang anda tidak mahu.

Bagaimanapun jika anda hanya sekadar mengumpul banyak maklumat seperti mengumpul maklumat bagi pelajaran ini, maka tidak ada apa yang akan mengubah hidup anda ataupun mendapat apa yang anda mahu. Jika anda sekadar membaca maklumat ini dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang perlu, tidak syak lagi anda hanya telah berjaya mengumpul lebih maklumat sahaja.

Ingat!

Maklumat atau ilmu itu tidak bekuasa dan tidak bermakna selagi anda tidak amalkan dan melakukannya.

Biar saya tanya anda, “adakah semua maklumat dan informasi yang anda belajar(kumpul) setakat ini dapat memberikan apa yang anda mahu? Hampir semua jawapannya ‘TIDAK’, kalau tak anda tentu tidak membacanya.

Berapa banyak masa, tenaga dan duit yang telah anda belanjakan dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang dapat menjadikan anda secara tepatnya di manakah tahap anda sekarang. Agaknya lebih yang anda terima dari yang anda tahu.

Matlamat saya bukan hanya menyampaikan maklumat ataupun mengajar apa yang perlu anda lakukan, tetapi mengajak anda untuk melakukan sesuatu bagi mengubah kehidupan.

Saya tahu anda semua mempunyai impian yang anda idamkan. Saya juga tahu impian yang anda idamkan itu BOLEH menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, jika anda tidak hidupkan impian dan keinginan anda serta tidak mengambil tindakan, hidup anda telah ditakdirkan menjadi seorang yang penuh dengan desakan dan tekanan. Tapi tak perlulah untuk anda jadi begitu.

Pernahkah anda bertanya pada diri anda, KENAPA anda ada IMPIAN dan KEINGINAN? Adakah impian anda itu hanya untuk menyiksa diri anda? TIDAK!, jiwa dan naluri anda yang meletakkan impian dan keinginan anda di dalam diri anda untuk anda cepat bertindak. Dengan kata lain BERHENTI BERMIMPI dan MULA LAKUKANNYA.

Apabila anda mula menghidupkan impian dan keinginan anda, anda tidak akan menoleh ke belakang lagi. Anda akhirnya akan melalui kejayaan, keseronokan, kegembiraan dan kebebasan yang anda tercari-cari selama ini.

Yang selebihnya sahabat, terpulang kepada ANDA!...

Tiada ulasan: