1. Kita takut untuk berubah
program strategi pembangunan diri yang anda gunakan, anda perlu ada satu titik keputusan untuk mengambil satu tindakan PERUBAHAN. Ia mungkin perubahan yang kecil atau perubahan besar. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk keluar dari ‘ZON SELESA’ anda. Untuk betul-betul berubah kita perlu lakukannya, keluarlah dari kepompong itu. Kejayaan hanya milik orang-orang yang berani untuk berubah.
Minda bawah sedar anda dalam keadaan biasa tidak suka pada perubahan. Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan, dalam keadaan biasa, ia tidak suka pada perubahan. Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan dan membiarkan anda untuk terus seperti keadaan mana anda sekarang. Ini disebabkan minda bawah sedar adalah satu mekanisme survival (kelangsungan hidup) yang menjadi fungsi utamanya. Ia mengerti apa sahaja jenis perubahan sebagai amaran untuk kelangsungan hidup kita.
2. Kita mahu keputusan segera / cepat.
Masyarakat sekarang banyak dipengaruhi oleh media dan pengiklanan yang mengharapkan ‘keputusan yang cepat dan segera’. Maka mereka mahukan ia ‘SEKARANG’ dan ingin melihat keputusan serta-merta dalam satu sesi, satu hari, satu minggu, satu tajuk buku dan lain-lain lagi. Jika mereka tidak dapat keputusan segera, mereka hilang semangat dan berputus asa.
Keputusan segara adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala anda memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga anda dengan keinginan anda. Jika anda tidak dapat selarikan tenaga anda dengan betul, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat anda.
Kemahuan untuk mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga mereka. Jadi sebenarnya ia ‘mengambil masa yang lebih lama’ untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
3. Kita berputus asa terlalu cepat.
Hampir semua orang terlalu cepat untuk berputus asa. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil, ganjaran dan keputusan yang segera. Bagaimanapun salah satu daripada sebab mengapa anda berputus asa terlalu cepat adalah kerana anda melihat kepada halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan alasan, mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda. Apabila ianya terjadi anda menyalahkan diri anda sendiri, ataupun program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku, keset dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan anda untuk mencapai matlamat dan anda akan berputus asa dengan cepat.
Isnin, 17 September 2007
KENAPA KEBANYAKKAN PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI GAGAL UNTUK ANDA
Dicatat oleh Mohd khairul Ahmad di 6:18 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan