4. Anda Hanya ‘MENCUBA’, sepatutnya anda perlu ‘LAKUKAN’.
Kebanyakkan orang hanya ‘mencuba’ untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali anda mencuba, anda sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri anda. Realitinya anda tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada anda mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah ‘mencuba’ untuk berjaya.
Minda anda mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Anda mungkin berkata,”saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga”. Okey, anda berjaya apabila anda berhenti mencuba dan mula melakukannya.
Anda telah lakukan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah anda tidak boleh berjaya selagi anda ‘mencuba’. Tetapi apabila anda berhenti mencuba dan mula lakukan anda boleh mula mengharapkan keputusannya.
Bila seseorang ‘mencuba’ program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan ‘binaan-dalam’ kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata ‘tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba”. Tetapi itu menunjukkan anda tidak dapat apa yang anda mahukan.
Masalahnya di situ ialah, anda hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada anda memiliki apa yang anda mahukan atau anda memiliki sebab atau alasan mengapa anda tidak dapat memiliki apa yang anda mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.
Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan mana-man program pembangunan diri (atau perkara-perkara lain) ini adalah berdasarkan kepada tindakan anda samada anda terus ‘ melakukan’ atau hanya ‘ mencuba untuk lakukan’.
Mereka yang ‘mencuba’ saya jamin akan gagal. Mereka yang ‘lakukan’ (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.
5. Anda hanya focus kepada ‘APA dan BAGAIMANA’ sepatutnya ‘KENAPA’ (IMPIAN).
Hampir semua orang yang gagal dalam usaha membangunkan diri, perniagaan, kejaya, kewangan dan lain-lain adalah kerana mereka hanya terlalu focus kepada ‘APA dan BAGAIMANA’ mereka perlu lakukan untuk mendapat apa yang mereka mahukan.
Sepatutnya mereka perlu lebih memberi focus yang khusus ‘KENAPA’ mereka mahukannya. Jika anda hilang fokus kepada ‘KENAPA’ anda mahu apa yang anda mahu, (why you want what tou want) daripada anda fokus kepada APA dan BAGAIMANA ia perlu diselesaikan, anda akan hilang motivasi dan semangat anda serta berputus asa bila keadaan menjadi bertambah sukar dan getir.
Kecuali anda secara berterusan fokus kepada KENAPA (WHY) – Faedah atau apa yang akan anda perolehi apabila anda mencapai matlamat anda – Anda tidak akan boleh untuk membuat perubahan yang anda idamkan dan anda akan putus asa secepat mungkin bila halangan yang datang bertali arus.
Apa yang perlu dilakukan ialah anda membuat keputusan betapa PENTINGNYA anda mempunyai sebab kenapa anda mahu. KENAPA anda mahu apa yang anda mahu?. Lupakan tentang apa yang perlu anda LAKUKAN untuk mendapatkannya. Ia akan menjaga dirinya sendiri.
Jika anda tidak jelas KENAPA anda mahu apa yang anda mahu (why you want what you want) – (faedahnya anda akan perolehi bila anda mencapai matlamat anda) dan anda tidak serius mengambil tindakan terus sehingga anda mencapainya.
Lebih baik! anda tidak perlu membuang masa anda untuk membaca pelajaran yang selanjutnya. Sebaliknya anda duduk di dalam ‘zon selesa’ anda dengan berehat di atas sofa, tonton TV sambil minum coke dan makan kacang atau pun keropok lekor dan hanya lakukan apa yang biasa anda lakukan dan saya jamin anda akan dapat apa yang anda biasa dapat sekarang ini.
Tetapi jika anda ghairah ataupun ada rangsangan yang hebat dalam diri anda tentang membuat perubahan yang besar dalam hidup anda, jika anda betul-betul bersedia untuk menarik apa yang anda idamkan selama ini, dan anda anda tidak akan berasa berputus asa sehingga anda mencapainya, maka sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda.
Rabu, 19 September 2007
LAKUKAN
Dicatat oleh Mohd khairul Ahmad di 7:08 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan